أحمد محمد لبن Ahmad.M.Lbn مؤسس ومدير المنتدى
عدد المساهمات : 52644 العمر : 72
| موضوع: Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal الثلاثاء 18 مايو 2021, 5:01 pm | |
| Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal ( باللغة الإندونيسية ) Disusun Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah Murajaah : Eko Haryanto Abu Ziyad صوم الست من شوال إعداد: حافظ فردوس عبد الله مراجعة: إيكو هارينتو أبوزيد Maktab Dakwah Dan Bimbingan Jaliyat Rabwah المكتب التعاوني للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض 1429 – 2008 Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari`at Islam juga membuka peluang kepada Barangsiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunnat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunnat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadits Qudsi):
"Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)." (Rasulullah melanjutkan): "Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah dibanding wangian kasturi." [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadits no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)]
Selain hadits di atas, terdapat banyak hadits lain yang menerangkan keutamaan puasa sunnat. Para pembaca bisa melihat kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn `Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunnat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Puasa sunnat inilah yang akan saya kupas dalam risalah ini.
Dalil Puasa Sunnat Enam Syawal Dalilnya ialah hadits Rasulullah s.a.w.: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ (رواه مسلم) “Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawwal, maka dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadits no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunnatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)] Darjat Hadits Puasa Sunnat Enam Syawal Hadits yang menjadi dalil puasa sunnat enam hari di bulan Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Ada segelintir orang yang meragukan kesahihan hadits ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadits ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:
"Hadits ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadits mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadits ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat." [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]
Hukum Puasa Sunnat Enam Syawal Hukumnya adalah sunnat sebagaimana jelas Syaikh Abdullah al-Bassam: "Disunnatkan berpuasa enam hari (dibulan Syawal), ini merupakan mazhab al-Salaf dan al-Khalaf serta jumhur ilmuan, termasuklah Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad." [Taudhih al-Ahkam, jld. 3, ms. 533]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunnat Enam Syawal? Puasa sunnat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa`id al-Khudri berkata: "Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha." [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadits no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunnat Enam Syawal? Syarat dan adab bagi puasa sunnat enam hari dibulan Syawal sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja ia boleh dilakukan dengan tidak berurutan atau terus menerus asalkan jumlah enam hari sebelum berakhirnya bulan Syawal. Kerana Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunnat enam hari ini secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya sehingga dipahami bahwa puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada hari mana saja asalkan masih dalam bulan Syawal.
akan tetapi lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Ali Imran 3:133]
Tidak Ada Hari Raya Selepas Puasa Sunnat Enam Syawal Sebahagian orang ada yang menyambut Hari Raya pada 1 Syawal dengan perasaan hambar dan kekosongan. Bagi mereka, Hari Raya yang memiliki arti sambutan dan kegembiraan sepenuhnya ialah pada hari selepas mereka menggenapkan puasa sunnat enam Syawal.
Ini adalah satu bid`ah yang mungkar. Hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, yaitu Hari Raya Iedul Fitri dan Hari Raya Iedul Adha. Dua hari ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat manusia tetapi disyari`at oleh tuhan yang mencipta manusia, yakni Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mengantikan untuk kalian dua perayaan yang lebih baik dari perayaan (zaman jahiliyah),yaitu Hari Raya Iedul Adha dan Iedul Fitri." [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadits no: 1134 (Kitab al-Shalat, Bab shalat dua hari raya)]
Oleh itu hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, Hanya pada dua hari inilah kita menyambut dengan penuh kegembiraan kerana ia disyari`atkan oleh Allah s.w.t.. Tidak ada hari perayaan setelah genapnya puasa sunnat enam hari dibulan Syawal.
Melaksanakan Puasa Sunnat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan
Ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama, dibolehkan berpuasa sunnat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya?
Pendapat Pertama: Membolehkannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya'ban yang akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya'ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w.." [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadits no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadits no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayai Rasulullah" ialah penjelasan salah seorang perawi hadits yangbernama Yahya bin Sa`id.]
Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama mengambil kesimpulan bahwa tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunnat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya'ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunnat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Juga karena mengqadha puasa merupakan wajib muwassa' yaitu suatu kewajiban yang boleh dilakukan dalam waktu yang luas dan tidak harus segera dikerjakan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh puasa syawal sebelum mengqadha puasa ramadhan. Hal ini berdasarkan hadits yang menganjurkan puasa sunnat enam Syawal setelah melakukan puasa ramadhan. Hadits tersebut berbunyi: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun."
Rasulullah s.a.w. mensyaratkan "berpuasa Ramadhan" terlebih dahulu, kemudian barulah "mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal". Ini menunjukkan puasa sunnat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunnat enam Syawal.
Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat pertama kerana alas an mereka yang cukup kuat, hanya sajasebaiknya seseorang segera membayar hutangnya sehingga ia segera terbebas dari kewajiban yang dipikulnya.
Sumber: Pedoman Puasa (Thinker's Library, Kuala Lumpur, 1996), ms. 136-137, fiqh-sunnah.blogspot.com
|
|