أحمد محمد لبن Ahmad.M.Lbn مؤسس ومدير المنتدى
عدد المساهمات : 52644 العمر : 72
| موضوع: Al-Insyiqaaq السبت 18 فبراير 2017, 6:45 pm | |
| Al-Insyiqaaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1] Apabila langit terbelah, [2] Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; [3] Dan apabila bumi diratakan, [4] Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong, [5] Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). [6] Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). [7] Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, - [8] Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, [9] Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. [10] Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, [11] Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, [12] Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. [13] Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! [14] Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) ! [15] (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya! [16] Maka Aku bersumpah, demi mega; [17] Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; [18] Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: [19] Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) [20] Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? [21] Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud? [22] (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya; [23] Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati. [24] Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya; [25] Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus. |
|